INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM)
JAWATAN KOSONG
WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-
1. Jawatan : PENOLONG PENGURUS SEKTOR AWAM - klik sini untuk muat turun
2. Jawatan : PENOLONG PENGURUS SEKTOR SOSIOBUDAYA - klik sini untuk muat turun
3. Jawatan : PEMBANTU TADBIR (KHIDMAT PELANGGAN) - klik sini untuk muat turun
4. Jawatan : PEKERJA RENDAH AWAM (Tukang Kebun) - klik sini untuk muat turun
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KELAYAKAN
Jawatan 1 & 2 (Skim Pegawai Tadbir Sektor)
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial, Sains Politik, Pentadbiran Awam, Psikologi, Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan;
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
• Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan; dan
• Mampu mengendalikan perisian SPSS adalah diberikan keutamaan
Jawatan 3 (Skim Pembantu Perhubungan Pelanggan)
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
• Mempunyai personaliti dan berperwatakan menarik;
• Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik; dan
• Mempunyai pengalaman yang berkaitan adalah diberikan keutamaan
Jawatan 4 (Skim Pekerja Awam - Tukang Kebun)
• Tamat darjah 6 Sekolah bantuan penuh Kerajaan;
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik;
• Mempunyai pengalaman yang berkaitan kerja-kerja perkebunan dan landskap
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CARA MEMOHONa) Permohonan hendaklah menggunakan Borang (IIM-AD15 Pind. 2009).
b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:
Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u.p: Pengurus Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)
c) Sila tuliskan Nama Jawatan Yang Dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan
d) IIM berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan; dan
e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Disember 2009.
Sebarang pertanyaan sila hubungi : Cik Norasikin Baharuddin (Tel:03-62092042)
Ebook Panduan Percuma:
Di http://iklankerjaya.blogspot.com