Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), sebuah agensi penyelidikan utama dalam bidang perhutanan negara ini di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mempelawa calon-calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. (a) JAWATAN : PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
(Keutamaan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana atau Ph.D dalam Bidang Etnobotani)
(1 Kekosongan)
(b) JADUAL GAJI : P1T1 RM 1899.01 – P1T25 RM 4715.47
P2T1 RM 1995.02 – P2T25 RM 4988.08
P3T1 RM 2095.21 – P3T25 RM 5284.57
(C) SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T2); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T3); atau
(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T5); atau
(v) Ijazah Sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T6); atau
(vi) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: P1T9);
Dan lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarar dengannya oleh kerajaan.
2. KEMUDAHAN IMBUHAN-IMBUHAN TETAP:
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 300.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan RM 250.00
iii) Bayaran Bantuan Sara Hidup RM 300.00
3. TARAF JAWATAN : KONTRAK
4. CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Borang permohonan yang lengkapdiisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),52109 Kepong, Selangor Darul.
5. Tarikh tutup permohonan pada 24 SEPTEMBER 2010.
CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggappermohonan mereka tidak berjaya.