Permohonan adalah dipelawa daripada yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) seperti maklumat berikut :-
1. EKSEKUTIF PEMBANGUNAN BISNES Syarat Lantikan :
· Ijazah/ Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau kelulusan yang setaraf dengannya
· Minima satu tahun pengalaman bekerja
· Berpengetahuan dalam Hal Ehwal Korporat dan Pembangunan Bisnes
· Boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris
· Boleh bekerja dengan baik dalam satu pasukan
· Bermotivasi tinggi, boleh memberi komitmen yang baik dan berfikiran kritis
2. EKSEKUTIF PROGRAM
Syarat Lantikan :
· Ijazah/ Diploma dengan minima satu tahun pengalaman bekerja dalam mengendalikan program
· Calon yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan acara (Event Managment) akan diberi keutamaan
· Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris
· Bermotivasi tinggi dan berpenampilan baik
· Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
· Boleh bekerja lebih masa jika perlu
3. PEMBANTU EKSEKUTIF (KEWANGAN)
Syarat Lantikan :
· Sekurang-kurangnya SPM/STPM/Diploma dalam bidang perakaunan atau setaraf
· Minima satu tahun pengalaman bekerja
· Mahir dalam sistem UBS dan "Full set of Account" akan diberikan keutamaan
· Mahir dalam pengurusan rekod dan fail
· Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum
· Boleh bekerja lebih masa jika perlu
4. PEMBANTU EKSEKUTIF (PEMANDU)
Syarat Lantikan :
· Memiliki PMR/SRP/SPM atau kalayakan yang setaraf denganya
· Berumur sekurang-kurangnya 35 tahun
· Boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu
· Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan syarikat dengan cekap
· Mengetahui destinasi yang ditetapkan (meliputi setiap negeri)
· Boleh bekerja lebih masa dan komited dengan tugas
CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang disediakan atau menghantar resume lengkap beserta sijil dan gambar berukuran passport kepadanora@ippj.com.my atau dihantar ke alamat berikut:
JABATAN SUMBER MANUSIA
IPPJ SDN BHD
TINGKAT 25, KOMTAR, 80000 JOHOR BAHRU
Web : www.ippj.com.my
Tel : 07-222 1767, Fak: 07-222 1786
Sila nyatakan jawatan dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat
(Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi)
Tarikh tutup permohonan : 31 JULAI 2010