Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan
bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:
PENOLONG AKAUNTAN
GRED JAWATAN : GRED W36
TARAF JAWATAN : TETAP
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN KEWANGAN
GRED GAJI :
P1T1 RM3,005.94 – P1T11 RM4,444.32
P2T1 RM3,216.18 – P2T11 RM4,916.21
Syarat-Syarat Lantikan :
1. Penolong Akauntan Gred W32 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W36 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (Purata LNPT tiga tahun – 2007, 2008, dan 2009 mencapai 80% dan keatas);
(c) lulus semua peperiksaan penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(d) diperaku oleh ketua jabatan;
(e) bebas dari tindakan tatatertib;
(f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;
(g) lulus laporan pengisytiharan harta; dan
(h) mengisi dengan lengkap Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan
PENOLONG AKAUNTAN
GRED JAWATAN : GRED W32
TARAF JAWATAN : TETAP
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
GRED GAJI :
P1T1 RM2,416.06 – P1T13 RM3,595.78
P2T1 RM2,626.30 – P2T13 RM3,914.98
Syarat-Syarat Lantikan :
1. Penolong Akauntan Gred W27 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Akauntan Gred W32 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (Purata LNPT tiga tahun – 2007, 2008, & 2009 mencapai 80% dan keatas);
(c) lulus semua peperiksaan penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(d) diperaku oleh ketua jabatan;
(e) bebas dari tindakan tatatertib;
(f) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;
(g) lulus laporan pengisytiharan harta; dan
(h) mengisi dengan lengkap Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan
Iklan Pengisian Jawatan Kosong Di Lembaga Pertubuhan Peladang : Penolong Akauntan ( W36 ) dan Penolong Akauntan ( W32 ). Tarikh Tutup Permohonan : 10 Julai 2010 (Sabtu)